Hehhehe....  Ni kek batik 1st aq... b4 ni penah la buat, tpi wat ngn kawan2.. bukn resepi aq.. ni aq wat khas guna resipe sndiri.. men hentam je la..... Alhamdulillah, Hubby kata sedap... hehehhe..... rupa nye lawak skit, xpndai g kn... tpi ok la..... t da mase leh buat lgi baik ....... pas ni nk wat kuih pe plak.. bulan2 pose ni terajin la plak.. normal la kan .. sumer org cm 2....


Menyambut Ramadhan........

Askum ....
Salam tok sumer yg mengikuti blog ni.... Ramadhan hmpir tiba, apa persiapan yg kalian da buat???
Tok pertama kalinya aq akan berpuasa bersama Suami terchinta. Walaupun da masuk tahun kedua kami berpuasa n beraya bersama namun disebabkan sebelum ni aq berstatus pelajar jadi aq jrg berpuasa bersama, so xde pengalaman tok persiapan RAMADHAN yang hmpir tiba.....

 Ape je yg aq kene siapkan....????

Mungkin aq kene pastikan brangan dapur complete... mknan basah, kering, minuman, pencuci mulut, n yg paling penting persiapan tok diri sendiri untuk berpuasa n menambah amal di bulan puasa....kerana di bulan ini kita akan dapat ganjaran berkali ganda berbanding bulan2 lain.. Bukan beerti kita mengabaikan bulan lain n hnya menanti bulan ramadhan tok beramal ibadat.. oh Tidak...
gaji da dapt so untuk permulaan aq akan pergi mencari kelengkapan dapur... then aq nk pi cari baju raya,... awal sgt kn? xla, t bulan puasa rmai yg berebut nk cari baju, so takut xbnyk pilihan yg tggl n xda saiz lak t.. so alg2 gaji da dapt cari sekarg... klu nk tguu gaji next month xsmpat da.. mase 2 mgkin nk cari sedikit buah tngan tok fmily pulak....hehehe...

So untuk mlm puasa t, mlm pertama terawih, hope aq dpt berterawih tahun ni...
Niat Puasa Ramadhan ( untuk Sebulan)

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala


Niat Puasa Ramadhan (Untuk Harian)

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Doa Berbuka Puasa

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa Selepas Berbuka Puasa
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.
SELAMAT BERPUASA..... <3

Kisah aq dan Dia...

Untuk kesekian kali nya aq kembali menulis lagi... bukan xde certa yang mahu di tintakan dalam blog
ni... Namun ntah kenapa hati ini terasa berat untuk memulakan cerita.. Mungkin cerita yang  ada lebih kepada kisah perit, duka, sedih yang pasti akan ku ingat sampai mati... Namun aq tahu di sebalik cerita ini
pasti ade ganjarannya nanti.... Biarla aq ulang semula cerita agar cerita yang sebenar akan lebih mudah di fahami...

Tanggal 23 jun 2011, Tarikh yang amat bermakna buat aq bila aq di sahkan hamil untuk kali ke-3.... Aq pon x pasti sebenar nya sama ada benar kali ke-3 @ kali ke -2. Tapi Naluri aq kuat mengatakan mmg ini kandungan ke-3...Aq bersyukur ke hadrat Ilahi kerana makbulkan doa aq n keluarga untuk menimang cahaya mata... Setelah segala usaha, dari UTARA ke SELATAN aq mencuba pelbagai cara untuk mengubati diri dan memulihkan semangat. Alhamdulillah..... Hanya 1 doa aq, agar kandungan kali ini lebih sempurna dan tak ada masalah dan harapan agar Dia agar di lahirkan dengan selamat.
Aq melepasi hari-hari seperti biasa, aq bekerja part-time di Butik Hajaba membantu ibu angkatku... Alhmdulillah, xde masalah pada peringkat ini, aq sihat dan terasa lebih shat dari biasa....

Tanggal 7 julai 2011, Hari ini merupakan hari temujanji ku dengan doktor pakar yang merawatku... Doktor akan membuat imbasan untuk melihat kandungan ku... Sebelum aq masuk ke bilik rawatan, hati aku tersa berdebar-debar. Ntah ape yang ku fikirkan.... Suami di sisi sentiasa memberi semangat agar aq lebih berfikiran fositif... Aq xputus-putus berdoa agar semuanya di permudahkan....
Bila saja kaki menjejak masuk ke dalm bilik rawatan, aq tersenyum melihat doktor. Aq tibe-2 rase begitu teruja untuk melihat kandungan ku.. Doktor memulakan imbasan, bila saat skrin menunjukkan keadaan kandungan ku aq berdebar.. Wajah doktor turut berubah... Aq mula memahami sesuatu maksud yang akan di sampaikan... Aq tarik nafas dalam2 agar aq dapt mengawal perasaan.. Dugaan ape lagi kali ini YA ALLAH.....

Aq masih tidak mahu terlalu memikirkan perkara negatif.. Aq gembirakan hati, fikir perkara yang baik2 agar segala ramalam awal bertukar berita gembira... walau bagaimanapun masih merewang2 soalan di mindaku.. Aq tetap berdoa agar Tuhan beri kekuatan tok aq..
Tanggal 13 Julai 2011, Tidak sampai seminggu dari hari itu sekali lagi aq di uji YA ALLAH.... Aq pohon kekuatan pada mu agar aq terus jadi insan yang tabah ...... Pagi itu seperti biasa aq melakukan pemeriksaan berkala di klinik. Alhamdulillah, tidak ada masalah yang di hadapi. Dalam hati x putus2 berdoa syukur dengan harapan segala nya di permudahkan.... Ingatkan Panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari.... SEgala kemungkinan akan berlaku bila tibe2 aq merasa sakit di bahagian abdomen n pinggang....  Hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan ku di kala itu... Aq kuatkan hati, aq pohon kerja separuh hari agar aq dapat merehatkan diri. Hanya 1 yang ku harapkan agar segala yang berlaku bukan kerana kandungan ku.
Aq Insan biasa yang x bisa melawan segala ketentuan Nya. Tepat jam 7.15 mlm, aq keguguran buat kali ke-3... Disaat aq sendiri melihat Dia keluar. Aq taw walaupun Dia tidak sempat hidup lama tapi Tuhan masih perkenankan doa bila DIa keluar dengan mudah tnpa masalah.. Tergamam aq melihat setiap rupa nya.. bentuk nya yang mungkin belum cukup sempura tapi aq terlihat matanya seperti dapat melihat kesedihan aq. Namun Tuhan maha kuasa, setitis air mata pun tidak tumpah ketika i2.. aq Pasrah YA ALLAH...

Aq menerima kekuatan dari teman2, kakak, ibu2 yang banyk bagi semangat. Cuma 1 yang paling menguatkan aq... bila ade insan yang mengigatkan aq, " Sabar, InsyaALLAH ketiga-tiga anak kamu 2 akan tgu kt Syurga...." Bila aq teringat kata2 itu aq teringat pesan Ustazah Arbayah " Setiap yang berlaku ade hkmahnya, bila kita x dikuriakan anak bukan bermaksud Tuhan x sygkan kita, mlah dia lebih syg. Da tentu di akhirat nanti kita kan terlepas dari persoalan mengenai zuriat, sempurnakah ajaran kita, didikan kita, pada anak2 nanti.. ". Kalian faham kn.. Bukn bermakna aq lgsung xkn usaha tok peroleh zuriat sendiri, Tpi i2 la kekuatanku...
p/s : Buat Anak2 bonda walaupun kalian xdpt hidup lame, untuk sekejap saja kalian di dalam rahim bonda, bonda tetap dapat rase kan kasih syg kalian.. InsyaALLAH doakan yang terbaik tok bonda, Nantikan bonda kat sana .... Sekurg2nya bonda dah dikurniakan 3 nyawa yang akan doakan bonda, Pasti bonda suda terlepas dri persoalan tentang kalian.. Terima Kasih YA ALLAH kerana aq di pilih menjadi insan yang kuat... Doa bonda agar kalian sejahtera di sana.... AMin......

Tangisan Seorang Kakak

31 hb 3 2011
 Tak mungkin aku lupa tarikh itu....  Hari pertama aku menjejakkan kaki ke penjara.....

mungkin kalian tertanya2 kenapa aku masuk penjara???
 Apa kesalahan yang aku buat???

Di saat aku menulis mgkin kalian tidak tahu perasaan yang menyelubungi hati aku...Pedih, sedih, insaf, malu, semua bercampur baur....


Sebenarnya hari itu aku menjejakkan kaki ke Penjara Taiping untuk menjenguk adik ku... 
Di saat aku menerima panggilan telefon dari ayahku... Ayahku berharap aku dapat meluangkan masa untuk menjenguk adik ku...

Dari mana harus ku mulakan cerita..

Bertarikh 6 mac 2011

Permulaan kehidupan adik ku di penjara..  Dia di tahan reman selama 2 bulan sebelum proses bicara. Atas kesalahan apa biar aku dan keluarga yang mengetahui nya.. Dalam umur yg tertalu muda dia menjadi mangsa keadaan...  setelah berminggu dia di tahan, ibuku menerima sepucuk surat dari penjara.

Sebak hati ku membaca surat yang di hantar...Mungkin aku rindukan dia tanpa sedar...namun disebabkan ayah n ibu ada depan mata, aku sorok kan perasaan itu.
Adik meminta kami dtg menjenguk dan meminta kami membawakan pakaian untuk di pakai semasa bicara.

Kami sepakat untuk pergi melawatnya pada hari khamis memandangkan waktu melawat hanya pada waktu pejabat.. bila aku baca syarat2 lawatan, aku merengus.. 45 minit setiap lawatan.. kejap nye??? Cian ibu n ayah....

Tiba hari nya, aku seperti biasa disaat sedang bersiap untuk ke Taiping.. Hanya aku, suamiku, ayah n ibu yang pergi memandangkan adik bongsu berada di asrama manakala kakakku bekerja.
Aku cuma berharap kami selamat sampai ke Taiping..

Setibanya kami di sana, kami di arahkan untuk mendaftar masuk.. Hanya 5 org dewasa di benarkan masuk. Proses pendaftaran berjalan lancar. Kami menunggu sementara di panggil untuk masuk melawat.
 Tidak smpai setengah jam kami di benarkan masuk.
Saat kaki menjejak masuk, terasa semacam perasaan dalam diriku, gelisah, takut, sedih melihat keadaan penjara yang suram.. Tapi aku masih mampu tersenyum..

Tatkala mataku terpandang adikku, hati aku mulai sebak.. Apa yang ku lihat dalam drama sebelum ini, bila keluarga dtg melawat pesalah menjadi kenyatan. Hati sape yang tak sebak melihat ahli keluarga terpisah di gerigi besi n hanya boleh berhubung melalui telefon. Aku ase seperti mahu lari kaluar kerana tak dapat menahan sebak. Mujur ada suami yang menyejukkan hati.
Kami serahkan pada ibu untuk berbicara dengan adik, sedang aku mengawal perasaan yang teramat sedih...

Aku dapat lihat kekesalan di wajah adik.. muka nya cerah berbanding sebelum ini.

Hatiku bertambah sebak bila terlihat mata ayah bergenang. Memang pada awalnya ayah cukup keras dengan adik, tapi naluri ayah xdapat selindung perasaan yang begitu mendalam.. adik minta supaya kami jangan terlalu risau, die sihat n baik2 di dalam.. Tapi naluri ayah n ibu xdapat sorok rase terkilan n sedih melihat adik. cuma tinggal 1 mggu sebelum proses bicara. n kalau adik didapati bersalah mungkin akan di pejara 4-6 bulan lagi mengikut perintah mahkamah. terkejut aku bila adik kata

" Mak tak payah la nk bayar dende ke jamin cik. Biarlah cik duk dalam ni. x lame g pon, mgkin 4- 6 bulan je."
" Mak ayah xpayah risaukan cik, cik ok je. Kat dalm ni pon x de buat ape. Pagi solt dengar ceramah, waktu makan, makan, waktu solat, solat... kalau xde pape tido je la.."

aku dpat lihat kesedihan ibu.

Ibu n ayah bergilir2 bercakap dengan adik. Bila saat ibu meminta aku bercakap dengan adik, aku menolok kerana takut aku pula yang meraung kat situ.. 

Bagi pelawat kami diberikan satu salinan barang sekiranya kami ingin membelikan baragan keperluan buat pesalah. Aku sempat juga bercakap dengan adik bila adik minta untuk aku menulis borang pesanan.

Setelah segala nasihat, cerita yang di kongsi kami membuat keputusan untuk pulang.. Walaupun masa perjumpaan masih ada baki. Kami rase tidak sanggup lagi menghadap wajah adik.. Dan disaat kami tinggalkan adik, kami melangkah dengan rasa sayu seakan berat meninggalkan dia.

Malam itu aku tak dapat melelapkan mata.
macam2 bende bermain  di fikiranku...macam mane keadaan dia, mkn minum dia, kehidupan dia, apa yang dia wat, selesakah dia... macam2... dan akhirnya air mata yang tersimpan kemas mengalir juga... sebak yang teramat sangat. aku rase mahu meraung malam itu.. Nasib baik suamiku dah lena...malam itu aku tidur2 ayam bertemankan air mata...

Kalau sebelum ni aku sering memarahi dia sebab kenakalan nya, kali ini aku terpk semua yang terjadi bukan salah die.. Dia mahukan perhatian yang tak pernah dia dapt.. Ibu ayah sibuk dengan perniagaan.. akak2 sibuk dengan kerja masg2.. sape la agak nya yang nk memahami hati dia.. dan di sebabkan itu aku rase teramat perit... itulah TANGISAN SEORANG KAKAK. yang jatuh di saat melihat penderitaan adiknya..

Aku terbuka hati untuk menulis sbb da 2 malam aku tangiskan keadaan adik ku... sejak aku pulang dari penjara, aku sering melayari laman web untuk melihat keadaan dalam penjara, aku terasa mahu melihat apa yang di lalui adik sekarang. Walaupun dia hanya di tahan reman tidak sama dengan pesalah yang telah di jatuhkan hukuman, aku masih berharap dia d lindungi... Aku berdoa semoga dia di beri hidayah, semoga TUHAN beri keinsafan padanya dan kesedaran supaya die tidak ulangi segala kesilapannya..

Tragedi Part-Time Lover ( my Own Novel)

Tragedi PART_TIME Lover

Curang malah kepalsuan sudah biasa, yang tinggal hanya lah dua insan yang sepi tanpa bait-bait cinta luka dan kenangan air mata.Sejauh mana sekalipun merahsiakan rasa hati, namun apabila tidak tertahan akan terbongkar jua. Begitulah yang dialami oleh ku. Aku pasrah pada ketentuan nya kerana perasaan ini tidak berlaku tanpa izinNya.Aku tidak mengerti kenapa ini terjadi. Kehidupan yang kuanggap mudah, rupanya tidak semudah yang kusangka. Panas yang ku harap samapi ke petang, rupanya hujan di tengah hati. Aku pasrah atas segala ketentuanNya, dan aku bersyukur dengan segala kebesaranNya. Kehidupan yang amat payah ini aku harungi tanpa seorang pun tahu apa yang tersimpan dalam hati.
“ Kau sayangkan siapa sebenarnya. Serius aku tak paham ngan kau ni.”
“Entahlah syikin, aku cintakan Fareez tapi dalam masa yang sama aku sayangkan Amri. Aku tak boleh lepaskan dia. Aku perlukan Amri, mungkin sebab aku jauh dari Fareez. Tak pernah terlintas nak jadi macam ni tau. Aku tak sedar.”
“Dah tu kau nak wat macam mana?”
“Wat biasa je la, selagi aku mampu pertahankan keduanya.”
“Apa-apa saja la, jadi apa-apa jangan salahkan aku erk?”

Seminggu berlalu, aku masih begini. Cuma dia yang betul-betul mengambil berat tentang diriku.Fareez masih seperti biasa, selalu juga dia menghubungi ku,namun itu tidak cukup untuk membuat aku rasa dihargai.

Nur Dahlia Asyura, siapa yang tak kenal dengan sikap keras hatinya. Hanya mahu mengikut kehendak hati tanpa memikirkan kesan di lain hari. Begitu lah yang dialami sekarang mencintai 2 insan dalam satu masa, memang gila. Seorang perempuan mampu melembutkan hati demi dua insan bergelar lelaki. Apa yang nak di herankan, selagi dia mampu biarkan lah.

Ibu tahu tentang mereka, dan ibu juga sering menasihatiku supaya berhati-hati dalam berkawan. Bukan mudah bagi seorang perempuan seperti aku menyimpan segala rahsia hati yang terpendam. Semua kerana dia.

















PART  2












5 tahun sebelumnya.

Cuti hujung tahun persekolahan, ku habiskan waktu di kampung. Atas permintaan ayah dan kehendak hatiku sendiri kerana rindukan kampung halaman dan saudara di sana. Hampir dua minggu aku duduk di kampung memandangkan nenek ku pun tinggal sendirian. Orang tua mana lah mahu tinggal di Bandar. Dikampung aku senang bersama sepupu ku, yang sudah kenal dengan perangai dan rapat dengan ku.

Fitri Nazirah, nama diberi , orangnya ceria dan merupakan anak sulung dalam keluarga dan semestinya mempunyai tanggungjawap yang besar. Dia sebaya dengan ku, walaupun kami bukan sepupu rapat tapi hakikatnya kami amat rapat dari sepupuku yang lain.
Seminggu aku disana, aku di ajak Fitri ke rumah saudaranya atas jemputan perkahwinan. Disebabkan rumah saudara nya tidak begitu jauh aku setuju dengan ajakan nya. Petang itu, nenek saudaranya mengambil kami di rumah. Setelah bersiap kami pun berangkat. Setibanya kami disana, suasana meriah kelihatan walaupun majlis hanya akan berlangsung tiga hari lagi. Walaupun aku tidak mengenali keluarga itu, namun aku begitu mudah menyesuaikan diri mungkin kerana kemesraan dan keramahan keluarga. Nenek yang kami panggil dengan panggilan Tok memang seorang yang penyayang. Kami dilayan seperti keluarga, begitu juga dengan makcik-makcik yang lain.
Petang itu keadaan rumah masih lenggang.

Malam itu, meriah dengan kedatangan saudara mara lebih-lebih lagi yang datang dari jauh. Tentu sukar untuk bertemu mereka jika tidak ada majilis kenduri seperti ini. Kami mula membuat persediaan terakhir untuk majlis kenduri kahwin sabtu itu. Aku di arahkan untuk membungkus hadiah yang disediakan untuk cabutan bertuah nanti. Aku bersama Fitri dan beberapa orang sepupu membungkus bersama. Tidak ada msalah bagi ku, walaupun belum cukup mengenali mereka namun aku mudah mesra.
Aku tidur di ruang tamu kerana keadaan rumah yang begitu sesak, Patutlah Wan membuat rumah besar, mudah baginya bila semua anak-anak pulang ke kampung. Sebelum tidur aku sempat mendengar suara seseorang menyanyikan lagu dambaan pilu nyayian Khai AF. Tidak lah begitu sedap suaranya tapi cukup untuk hati ini mengetahui siapa gerangan nya yang menyanyikan lagu itu. Akhirnya kau terlena.
 Aku bangun untuk menunaikan solat subuh. Selepas selesai solat aku terus ke dapur membantu Mak Lang menyediakan sarapan. Pagi itu seisi rumah akan menjamah mee goreng. Aku cuma membantu apa yang termampu sahaja. Sebagai tetamu aku tidak mahu mensia-siakan kedantangan ku ke sana.

Persediaan semakin banyak, hari semakin hampir. Pelbagai persediaan luar dalam telah disediakan. Untuk majlis persandingan para keluarga akan mengadakan persembahan khas berbentuk boria untuk para tetamu dan pengantin. Sepupu-sepupu cilik dipanggil untuk menyertai persembahan boria. Malam tu latihan sepenuhnya dilakukan. Terasa seakan pertandingan besar-besaran pula. Lapan ahli diperlukan dalam boria ini. Mak Lang selaku pengurus kumpulan memilih sesiapa sahaja yang sesuai untuk mengetai kumpulan boria ini. Aku sebagai orng asing dalam keluarga ini berasa cukup teruja dan bertuah kerana dapat turut serta dalam majlis yang meriah ini.


Hari yang dinanti-nantikan , pada hari ahad majilis persandingan besar-besaran antara Pak Su dan Mak Su diadakan. Tetamu yang hadir begitu ramai. Seawal jam sepuluh setengah pagi tetamu telah memenuhi khemah. Aku da sepupu yang lain ditugaskan untuk melayan tetamu. Disebabkan aku seorang yang sudah biasa dengan situasi tersebut, aku diarahkan untuk menjaga khemah tetamu lelaki.Pada awalnya, Aku berasa agak keberatan, namun atas pujukan mereka aku akur. Kehadiran tetamu sungguh meriah, tidak henti-henti. Ketika ketibaan pasangan raja sehari, tetamu yang hadir penuh mengerumuni pasangan mempelai hari itu untuk melihat wajah Mak Su yang cantik dan comel. Sehingga golongan muda hari itu tergamam melihat kecantikan Mak su. Aku sungguh bangga. Pensandingan disusuli dengan persembahan boria sepupu-sepupu cilik dan acara makan beradap. 

Kemeriahan majlis tidak terhenti walau tetamu telah pulang. Bermacam aktiviti dilakukan pihak tuan rumah untuk mengeratkan ikatan saudara antara kami sekeluarga.

Petang itu, setelah segalanya selesai, aku dan sepupu yang lain berehat kerana keletihan. Kami duduk berborak,dan gelak ketawa bagaikan sudah bertahun tidak bersua muka. Dalam masa kami berborak aku di usik oleh seseorang. Dengan sikapku yang malu-malu kucing, aku terdiam tanpa respon.
Perkenalan antara aku dan Zain bermula saat itu. Izzamuzain, nama yang cukup unik seunik dengan sikapnya. Gerangan suara dia yang ku dengar malam itu. Tampan sesuai dengan lunak suaranya. Dia seorang yang periang, cukup mengambil berat, matang namun ego.Aku tidak pernah menyangka perkara tersebut berlaku disebabkan aku hanya mengenalinya dalam tempoh singkat sahaja.

         Hari demi hari, kami makin rapat. Disebabkan jarak umur kami agak berbeza aku cuma menganggapnya seperti adik sahaja. Tapi apa yang kusangkakan meleset. Aku tidak tahu apa yang merasuk nya sehingga dia terluah untuk memberi cintanya. Walaupun dengan hanya salam perkenalan biasa, aku sambut dengan senyuman tanpa menyangka apa yang akan berlaku.
Aku sendiri tidak sedar apa yang aku lakukan.

         Keesokan harinya aku mula terfikir, dia masih dengan caranya. Dengan kuasa tuhan, tanpa sedar aku mula menyenangi sikapnya. Walaupun dalam tempoh yang singkat, dan begitu mengambil berat tentang diriku. Sepupuku Fitri menyedari perubahan yang berlaku. Tetapi aku masih mendiamkan diri tanpa memberi sebarang jawapan. Seminggu di sana kurasakan seperti sehari. Seminggu mengenali keluarga itu kurasakan seperti setahun. Aku cukup gembira sehingga hari terakhir aku di sana. Hati ini berat untuk meninggalkan keluarga itu, dengan harapan aku akan bertemu mereka lagi. Dengan salam aku pergi meninggalkan kenangan bersamanya.

         Aku tidak tahu di mana silapku, bodoh aku kerana tidak pernah meminta sebarang maklumat untuk aku menghubunginya. Sehari setibanya aku di rumah aku mendapat satu mesej misteri, tanpa nama,tanpa isyarat dia mengatakan
`sayang awak,rindu awak’. Aku kaget dengan kehadiran mesej itu memandangkan tiada insan istimewa di hatiku ketika itu. Aku membalas mesej tersebut dengan tanda soal.

         Seminggu, berlalu dan seterusnya sebulan, setahun..
         Saat itu, aku sudah sedar siapa gerangan yang menghantar mesej itu. Aku sedar aku mula merinduinya. Aku sedar aku telah jatuh cinta. Tapi pada saat itu aku juga sedar aku telah jauh darinya. Apa yang harus aku lakukan. Cinta yang dlakar dalam masa seminggu,kini hilang selamanya tanpa jawapan. Aku bagaikan gantung tdak bertali. Aku tidak tahu dimana silapku hingga jadi begini.

         Aku masih menanti dengan harapan cinta yang wujud dalam hati adalah benar.


Jawapan tok satu persoalan....

Segala persoalan yang timbul telah terjawap... hahahah... aq tahu apa yang bakal berlaku mmg akan berlaku... x kisah la.. pape pon aq tahu masih da yang akan membantu

Kekeliruan ....

Salam sumer...Maaf semua kerana lame xon blog.. Sebenarnya banyk bende nk di ceritakan dalam ni.. Tapi bila jejeri mula tuk menaip terhenti seketika memikirkan apa yang sepatutnya di catat terlebih dahulu...

Bunyi nya macam banyk je cerita nya...

MMg terlalu banyk Dugaan yang dtg taun ni... Tahun ARNAB yang sepatut nya membawa tuah buat aq telah menjadi tahun yang mencabar.. Namun apa yang berlaku aq tetap bersyukur..kerana Ujian yang datang adalah tanda DIA sayangkan kita.. ALHAMDULILAH....

bermula dengan pengalaman pahit apabila aku keguguran buat kali ke-2 sterusnya penyakit lain yang datang...
Aq taw aq kene kuat..

Saat itu aq disahkan hamil tok kali ke-2... Tapi bila ada timbul aq taw aku kene kuat terima apa jua yang bakal berlaku.. Sangkaan ku tepat apabila Darah yang ku sangka darah biasa sebenarnya janin yang telah tertanggal dari rahim ku... aqtabah terima semua yang tertulis.. Aq kene bersabar....

Setelah segalanya selesai n aq dalam rawatan doktor tok memulihkan rahim ku aq sekali lagi terduga apabila doktor mengatakan Pangkal Rahim mengalami kerandangan yang agak sensitif.. Walaupun pada awl nya doktor mengatakan ia perkara yang biasa di temui aq ttap bimbang bila memikirkan soal Zuriat... Alhamdulilah, setelah mendapat penerangan selanjutnya aq merasa lega kerana doktor mengatakan masalah ini tidak akan menjejaskan peluang ku untuk hamil.

Dugaan yang hadir tidak berhenti setakat itu..

Semasa aq menulis ruangan ini jua fikiran ku masih dalam keadaan keliru.. Aq tidak pasti apa sebenarnta yang berlaku ke atas diriku sekarang .

Aq tiak mengharap terlalu tinggi sekarang, n apa yang ku harap agar diriku sihat.. walau pe pun, aq tetap berdoa agar keinginan aq tercapai... Masih dalam keadaan tertanya2, aq membuat keputusan untuk terus menunggu kerana tak mahu terus kecewa, mengecewakan dan menyusahkan orang lain...

 Hanya DIA yang mengetahui segalanya.. dan aq berharap DIA lindungi aq sebaik-baiknya.....