Tangisan Seorang Kakak

31 hb 3 2011
 Tak mungkin aku lupa tarikh itu....  Hari pertama aku menjejakkan kaki ke penjara.....

mungkin kalian tertanya2 kenapa aku masuk penjara???
 Apa kesalahan yang aku buat???

Di saat aku menulis mgkin kalian tidak tahu perasaan yang menyelubungi hati aku...Pedih, sedih, insaf, malu, semua bercampur baur....


Sebenarnya hari itu aku menjejakkan kaki ke Penjara Taiping untuk menjenguk adik ku... 
Di saat aku menerima panggilan telefon dari ayahku... Ayahku berharap aku dapat meluangkan masa untuk menjenguk adik ku...

Dari mana harus ku mulakan cerita..

Bertarikh 6 mac 2011

Permulaan kehidupan adik ku di penjara..  Dia di tahan reman selama 2 bulan sebelum proses bicara. Atas kesalahan apa biar aku dan keluarga yang mengetahui nya.. Dalam umur yg tertalu muda dia menjadi mangsa keadaan...  setelah berminggu dia di tahan, ibuku menerima sepucuk surat dari penjara.

Sebak hati ku membaca surat yang di hantar...Mungkin aku rindukan dia tanpa sedar...namun disebabkan ayah n ibu ada depan mata, aku sorok kan perasaan itu.
Adik meminta kami dtg menjenguk dan meminta kami membawakan pakaian untuk di pakai semasa bicara.

Kami sepakat untuk pergi melawatnya pada hari khamis memandangkan waktu melawat hanya pada waktu pejabat.. bila aku baca syarat2 lawatan, aku merengus.. 45 minit setiap lawatan.. kejap nye??? Cian ibu n ayah....

Tiba hari nya, aku seperti biasa disaat sedang bersiap untuk ke Taiping.. Hanya aku, suamiku, ayah n ibu yang pergi memandangkan adik bongsu berada di asrama manakala kakakku bekerja.
Aku cuma berharap kami selamat sampai ke Taiping..

Setibanya kami di sana, kami di arahkan untuk mendaftar masuk.. Hanya 5 org dewasa di benarkan masuk. Proses pendaftaran berjalan lancar. Kami menunggu sementara di panggil untuk masuk melawat.
 Tidak smpai setengah jam kami di benarkan masuk.
Saat kaki menjejak masuk, terasa semacam perasaan dalam diriku, gelisah, takut, sedih melihat keadaan penjara yang suram.. Tapi aku masih mampu tersenyum..

Tatkala mataku terpandang adikku, hati aku mulai sebak.. Apa yang ku lihat dalam drama sebelum ini, bila keluarga dtg melawat pesalah menjadi kenyatan. Hati sape yang tak sebak melihat ahli keluarga terpisah di gerigi besi n hanya boleh berhubung melalui telefon. Aku ase seperti mahu lari kaluar kerana tak dapat menahan sebak. Mujur ada suami yang menyejukkan hati.
Kami serahkan pada ibu untuk berbicara dengan adik, sedang aku mengawal perasaan yang teramat sedih...

Aku dapat lihat kekesalan di wajah adik.. muka nya cerah berbanding sebelum ini.

Hatiku bertambah sebak bila terlihat mata ayah bergenang. Memang pada awalnya ayah cukup keras dengan adik, tapi naluri ayah xdapat selindung perasaan yang begitu mendalam.. adik minta supaya kami jangan terlalu risau, die sihat n baik2 di dalam.. Tapi naluri ayah n ibu xdapat sorok rase terkilan n sedih melihat adik. cuma tinggal 1 mggu sebelum proses bicara. n kalau adik didapati bersalah mungkin akan di pejara 4-6 bulan lagi mengikut perintah mahkamah. terkejut aku bila adik kata

" Mak tak payah la nk bayar dende ke jamin cik. Biarlah cik duk dalam ni. x lame g pon, mgkin 4- 6 bulan je."
" Mak ayah xpayah risaukan cik, cik ok je. Kat dalm ni pon x de buat ape. Pagi solt dengar ceramah, waktu makan, makan, waktu solat, solat... kalau xde pape tido je la.."

aku dpat lihat kesedihan ibu.

Ibu n ayah bergilir2 bercakap dengan adik. Bila saat ibu meminta aku bercakap dengan adik, aku menolok kerana takut aku pula yang meraung kat situ.. 

Bagi pelawat kami diberikan satu salinan barang sekiranya kami ingin membelikan baragan keperluan buat pesalah. Aku sempat juga bercakap dengan adik bila adik minta untuk aku menulis borang pesanan.

Setelah segala nasihat, cerita yang di kongsi kami membuat keputusan untuk pulang.. Walaupun masa perjumpaan masih ada baki. Kami rase tidak sanggup lagi menghadap wajah adik.. Dan disaat kami tinggalkan adik, kami melangkah dengan rasa sayu seakan berat meninggalkan dia.

Malam itu aku tak dapat melelapkan mata.
macam2 bende bermain  di fikiranku...macam mane keadaan dia, mkn minum dia, kehidupan dia, apa yang dia wat, selesakah dia... macam2... dan akhirnya air mata yang tersimpan kemas mengalir juga... sebak yang teramat sangat. aku rase mahu meraung malam itu.. Nasib baik suamiku dah lena...malam itu aku tidur2 ayam bertemankan air mata...

Kalau sebelum ni aku sering memarahi dia sebab kenakalan nya, kali ini aku terpk semua yang terjadi bukan salah die.. Dia mahukan perhatian yang tak pernah dia dapt.. Ibu ayah sibuk dengan perniagaan.. akak2 sibuk dengan kerja masg2.. sape la agak nya yang nk memahami hati dia.. dan di sebabkan itu aku rase teramat perit... itulah TANGISAN SEORANG KAKAK. yang jatuh di saat melihat penderitaan adiknya..

Aku terbuka hati untuk menulis sbb da 2 malam aku tangiskan keadaan adik ku... sejak aku pulang dari penjara, aku sering melayari laman web untuk melihat keadaan dalam penjara, aku terasa mahu melihat apa yang di lalui adik sekarang. Walaupun dia hanya di tahan reman tidak sama dengan pesalah yang telah di jatuhkan hukuman, aku masih berharap dia d lindungi... Aku berdoa semoga dia di beri hidayah, semoga TUHAN beri keinsafan padanya dan kesedaran supaya die tidak ulangi segala kesilapannya..

1 ulasan:

  1. you penulis novel mana?? tak pernah dgr pun??

    BalasPadam