Curang malah kepalsuan sudah biasa, yang tinggal hanya lah dua insan yang sepi tanpa bait-bait cinta luka dan kenangan air mata.Sejauh mana sekalipun merahsiakan rasa hati, namun apabila tidak tertahan akan terbongkar jua. Begitulah yang dialami oleh ku. Aku pasrah pada ketentuan nya kerana perasaan ini tidak berlaku tanpa izinNya.Aku tidak mengerti kenapa ini terjadi. Kehidupan yang kuanggap mudah, rupanya tidak semudah yang kusangka. Panas yang ku harap samapi ke petang, rupanya hujan di tengah hati. Aku pasrah atas segala ketentuanNya, dan aku bersyukur dengan segala kebesaranNya. Kehidupan yang amat payah ini aku harungi tanpa seorang pun tahu apa yang tersimpan dalam hati.
“Entahlah syikin, aku cintakan Fareez tapi dalam masa yang sama aku sayangkan Amri. Aku tak boleh lepaskan dia. Aku perlukan Amri, mungkin sebab aku jauh dari Fareez. Tak pernah terlintas nak jadi macam ni tau. Aku tak sedar.”
“Dah tu kau nak wat macam mana?”
“Wat biasa je la, selagi aku mampu pertahankan keduanya.”
“Apa-apa saja la, jadi apa-apa jangan salahkan aku erk?”
Nur Dahlia Asyura, siapa yang tak kenal dengan sikap keras hatinya. Hanya mahu mengikut kehendak hati tanpa memikirkan kesan di lain hari. Begitu lah yang dialami sekarang mencintai 2 insan dalam satu masa, memang gila. Seorang perempuan mampu melembutkan hati demi dua insan bergelar lelaki. Apa yang nak di herankan, selagi dia mampu biarkan lah.
PART 2
Cuti hujung tahun persekolahan, ku habiskan waktu di kampung. Atas permintaan ayah dan kehendak hatiku sendiri kerana rindukan kampung halaman dan saudara di sana . Hampir dua minggu aku duduk di kampung memandangkan nenek ku pun tinggal sendirian. Orang tua mana lah mahu tinggal di Bandar. Dikampung aku senang bersama sepupu ku, yang sudah kenal dengan perangai dan rapat dengan ku.
Fitri Nazirah, nama diberi , orangnya ceria dan merupakan anak sulung dalam keluarga dan semestinya mempunyai tanggungjawap yang besar. Dia sebaya dengan ku, walaupun kami bukan sepupu rapat tapi hakikatnya kami amat rapat dari sepupuku yang lain.
Petang itu keadaan rumah masih lenggang.
Malam itu, meriah dengan kedatangan saudara mara lebih-lebih lagi yang datang dari jauh. Tentu sukar untuk bertemu mereka jika tidak ada majilis kenduri seperti ini. Kami mula membuat persediaan terakhir untuk majlis kenduri kahwin sabtu itu. Aku di arahkan untuk membungkus hadiah yang disediakan untuk cabutan bertuah nanti. Aku bersama Fitri dan beberapa orang sepupu membungkus bersama. Tidak ada msalah bagi ku, walaupun belum cukup mengenali mereka namun aku mudah mesra.
Aku tidur di ruang tamu kerana keadaan rumah yang begitu sesak, Patutlah Wan membuat rumah besar, mudah baginya bila semua anak-anak pulang ke kampung. Sebelum tidur aku sempat mendengar suara seseorang menyanyikan lagu dambaan pilu nyayian Khai AF. Tidak lah begitu sedap suaranya tapi cukup untuk hati ini mengetahui siapa gerangan nya yang menyanyikan lagu itu. Akhirnya kau terlena.
Aku bangun untuk menunaikan solat subuh. Selepas selesai solat aku terus ke dapur membantu Mak Lang menyediakan sarapan. Pagi itu seisi rumah akan menjamah mee goreng. Aku cuma membantu apa yang termampu sahaja. Sebagai tetamu aku tidak mahu mensia-siakan kedantangan ku ke sana .
Persediaan semakin banyak, hari semakin hampir. Pelbagai persediaan luar dalam telah disediakan. Untuk majlis persandingan para keluarga akan mengadakan persembahan khas berbentuk boria untuk para tetamu dan pengantin. Sepupu-sepupu cilik dipanggil untuk menyertai persembahan boria. Malam tu latihan sepenuhnya dilakukan. Terasa seakan pertandingan besar-besaran pula. Lapan ahli diperlukan dalam boria ini. Mak Lang selaku pengurus kumpulan memilih sesiapa sahaja yang sesuai untuk mengetai kumpulan boria ini. Aku sebagai orng asing dalam keluarga ini berasa cukup teruja dan bertuah kerana dapat turut serta dalam majlis yang meriah ini.
Hari yang dinanti-nantikan , pada hari ahad majilis persandingan besar-besaran antara Pak Su dan Mak Su diadakan. Tetamu yang hadir begitu ramai. Seawal jam sepuluh setengah pagi tetamu telah memenuhi khemah. Aku da sepupu yang lain ditugaskan untuk melayan tetamu. Disebabkan aku seorang yang sudah biasa dengan situasi tersebut, aku diarahkan untuk menjaga khemah tetamu lelaki.Pada awalnya, Aku berasa agak keberatan, namun atas pujukan mereka aku akur. Kehadiran tetamu sungguh meriah, tidak henti-henti. Ketika ketibaan pasangan raja sehari, tetamu yang hadir penuh mengerumuni pasangan mempelai hari itu untuk melihat wajah Mak Su yang cantik dan comel. Sehingga golongan muda hari itu tergamam melihat kecantikan Mak su. Aku sungguh bangga. Pensandingan disusuli dengan persembahan boria sepupu-sepupu cilik dan acara makan beradap.
Kemeriahan majlis tidak terhenti walau tetamu telah pulang. Bermacam aktiviti dilakukan pihak tuan rumah untuk mengeratkan ikatan saudara antara kami sekeluarga.
Petang itu, setelah segalanya selesai, aku dan sepupu yang lain berehat kerana keletihan. Kami duduk berborak,dan gelak ketawa bagaikan sudah bertahun tidak bersua muka. Dalam masa kami berborak aku di usik oleh seseorang. Dengan sikapku yang malu-malu kucing, aku terdiam tanpa respon.
Perkenalan antara aku dan Zain bermula saat itu. Izzamuzain, nama yang cukup unik seunik dengan sikapnya. Gerangan suara dia yang ku dengar malam itu. Tampan sesuai dengan lunak suaranya. Dia seorang yang periang, cukup mengambil berat, matang namun ego.Aku tidak pernah menyangka perkara tersebut berlaku disebabkan aku hanya mengenalinya dalam tempoh singkat sahaja.
Hari demi hari, kami makin rapat. Disebabkan jarak umur kami agak berbeza aku cuma menganggapnya seperti adik sahaja. Tapi apa yang kusangkakan meleset. Aku tidak tahu apa yang merasuk nya sehingga dia terluah untuk memberi cintanya. Walaupun dengan hanya salam perkenalan biasa, aku sambut dengan senyuman tanpa menyangka apa yang akan berlaku.
Aku sendiri tidak sedar apa yang aku lakukan.
Keesokan harinya aku mula terfikir, dia masih dengan caranya. Dengan kuasa tuhan, tanpa sedar aku mula menyenangi sikapnya. Walaupun dalam tempoh yang singkat, dan begitu mengambil berat tentang diriku. Sepupuku Fitri menyedari perubahan yang berlaku. Tetapi aku masih mendiamkan diri tanpa memberi sebarang jawapan. Seminggu di sana kurasakan seperti sehari. Seminggu mengenali keluarga itu kurasakan seperti setahun. Aku cukup gembira sehingga hari terakhir aku di sana . Hati ini berat untuk meninggalkan keluarga itu, dengan harapan aku akan bertemu mereka lagi. Dengan salam aku pergi meninggalkan kenangan bersamanya.
Aku tidak tahu di mana silapku, bodoh aku kerana tidak pernah meminta sebarang maklumat untuk aku menghubunginya. Sehari setibanya aku di rumah aku mendapat satu mesej misteri, tanpa nama,tanpa isyarat dia mengatakan
`sayang awak,rindu awak’. Aku kaget dengan kehadiran mesej itu memandangkan tiada insan istimewa di hatiku ketika itu. Aku membalas mesej tersebut dengan tanda soal.
Seminggu, berlalu dan seterusnya sebulan, setahun..
Saat itu, aku sudah sedar siapa gerangan yang menghantar mesej itu. Aku sedar aku mula merinduinya. Aku sedar aku telah jatuh cinta. Tapi pada saat itu aku juga sedar aku telah jauh darinya. Apa yang harus aku lakukan. Cinta yang dlakar dalam masa seminggu,kini hilang selamanya tanpa jawapan. Aku bagaikan gantung tdak bertali. Aku tidak tahu dimana silapku hingga jadi begini.
Aku masih menanti dengan harapan cinta yang wujud dalam hati adalah benar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan