Untuk kesekian kali nya aq kembali menulis lagi... bukan xde certa yang mahu di tintakan dalam blog
ni... Namun ntah kenapa hati ini terasa berat untuk memulakan cerita.. Mungkin cerita yang ada lebih kepada kisah perit, duka, sedih yang pasti akan ku ingat sampai mati... Namun aq tahu di sebalik cerita ini
pasti ade ganjarannya nanti.... Biarla aq ulang semula cerita agar cerita yang sebenar akan lebih mudah di fahami...
Tanggal 23 jun 2011, Tarikh yang amat bermakna buat aq bila aq di sahkan hamil untuk kali ke-3.... Aq pon x pasti sebenar nya sama ada benar kali ke-3 @ kali ke -2. Tapi Naluri aq kuat mengatakan mmg ini kandungan ke-3...Aq bersyukur ke hadrat Ilahi kerana makbulkan doa aq n keluarga untuk menimang cahaya mata... Setelah segala usaha, dari UTARA ke SELATAN aq mencuba pelbagai cara untuk mengubati diri dan memulihkan semangat. Alhamdulillah..... Hanya 1 doa aq, agar kandungan kali ini lebih sempurna dan tak ada masalah dan harapan agar Dia agar di lahirkan dengan selamat.
Aq melepasi hari-hari seperti biasa, aq bekerja part-time di Butik Hajaba membantu ibu angkatku... Alhmdulillah, xde masalah pada peringkat ini, aq sihat dan terasa lebih shat dari biasa....
Tanggal 7 julai 2011, Hari ini merupakan hari temujanji ku dengan doktor pakar yang merawatku... Doktor akan membuat imbasan untuk melihat kandungan ku... Sebelum aq masuk ke bilik rawatan, hati aku tersa berdebar-debar. Ntah ape yang ku fikirkan.... Suami di sisi sentiasa memberi semangat agar aq lebih berfikiran fositif... Aq xputus-putus berdoa agar semuanya di permudahkan....
Bila saja kaki menjejak masuk ke dalm bilik rawatan, aq tersenyum melihat doktor. Aq tibe-2 rase begitu teruja untuk melihat kandungan ku.. Doktor memulakan imbasan, bila saat skrin menunjukkan keadaan kandungan ku aq berdebar.. Wajah doktor turut berubah... Aq mula memahami sesuatu maksud yang akan di sampaikan... Aq tarik nafas dalam2 agar aq dapt mengawal perasaan.. Dugaan ape lagi kali ini YA ALLAH.....
Aq masih tidak mahu terlalu memikirkan perkara negatif.. Aq gembirakan hati, fikir perkara yang baik2 agar segala ramalam awal bertukar berita gembira... walau bagaimanapun masih merewang2 soalan di mindaku.. Aq tetap berdoa agar Tuhan beri kekuatan tok aq..
Tanggal 13 Julai 2011, Tidak sampai seminggu dari hari itu sekali lagi aq di uji YA ALLAH.... Aq pohon kekuatan pada mu agar aq terus jadi insan yang tabah ...... Pagi itu seperti biasa aq melakukan pemeriksaan berkala di klinik. Alhamdulillah, tidak ada masalah yang di hadapi. Dalam hati x putus2 berdoa syukur dengan harapan segala nya di permudahkan.... Ingatkan Panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari.... SEgala kemungkinan akan berlaku bila tibe2 aq merasa sakit di bahagian abdomen n pinggang.... Hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan ku di kala itu... Aq kuatkan hati, aq pohon kerja separuh hari agar aq dapat merehatkan diri. Hanya 1 yang ku harapkan agar segala yang berlaku bukan kerana kandungan ku.
Aq Insan biasa yang x bisa melawan segala ketentuan Nya. Tepat jam 7.15 mlm, aq keguguran buat kali ke-3... Disaat aq sendiri melihat Dia keluar. Aq taw walaupun Dia tidak sempat hidup lama tapi Tuhan masih perkenankan doa bila DIa keluar dengan mudah tnpa masalah.. Tergamam aq melihat setiap rupa nya.. bentuk nya yang mungkin belum cukup sempura tapi aq terlihat matanya seperti dapat melihat kesedihan aq. Namun Tuhan maha kuasa, setitis air mata pun tidak tumpah ketika i2.. aq Pasrah YA ALLAH...
Aq menerima kekuatan dari teman2, kakak, ibu2 yang banyk bagi semangat. Cuma 1 yang paling menguatkan aq... bila ade insan yang mengigatkan aq, " Sabar, InsyaALLAH ketiga-tiga anak kamu 2 akan tgu kt Syurga...." Bila aq teringat kata2 itu aq teringat pesan Ustazah Arbayah " Setiap yang berlaku ade hkmahnya, bila kita x dikuriakan anak bukan bermaksud Tuhan x sygkan kita, mlah dia lebih syg. Da tentu di akhirat nanti kita kan terlepas dari persoalan mengenai zuriat, sempurnakah ajaran kita, didikan kita, pada anak2 nanti.. ". Kalian faham kn.. Bukn bermakna aq lgsung xkn usaha tok peroleh zuriat sendiri, Tpi i2 la kekuatanku...
p/s : Buat Anak2 bonda walaupun kalian xdpt hidup lame, untuk sekejap saja kalian di dalam rahim bonda, bonda tetap dapat rase kan kasih syg kalian.. InsyaALLAH doakan yang terbaik tok bonda, Nantikan bonda kat sana .... Sekurg2nya bonda dah dikurniakan 3 nyawa yang akan doakan bonda, Pasti bonda suda terlepas dri persoalan tentang kalian.. Terima Kasih YA ALLAH kerana aq di pilih menjadi insan yang kuat... Doa bonda agar kalian sejahtera di sana.... AMin......
: takziah yang..wana doakn yg kuat semangat..
BalasPadamjgn putus asa..insyaallah ade hikmah sumer tu..
mne la tau pasni dpt kembar kn (",)
sedih baca..
BalasPadamsemoga tabah..